Tiada Jaminan Bagi Si Muda
Dalam kehidupan kita, terkadang kita terleka dek kerana terpedaya dengan indahnya tipu daya dunia yang sementara. Tanpa disedari bahawasanya dunia ini hanyalah sekadar transit sebelum tiba di akhirat sana. Mungkin kerana usia masih muda, muda menjadi lapik alasan untuk terus berfoya-foya. Walhal, muda bukanlah gerenti untuk si muda tidak bertemu dengan ajal kerna kebanyakan daripada si muda beranggapan bahawa kematian menjemput ketika menjelang usia senja.
Tadabburlah alam di sekeliling kita, hatta putik bunga sekalipun boleh gugur bila tiba waktunya mengikut kehendaknya.
Ambillah ibrah daripada alam, sesungguhnya alam menjadi guru kita dalam menjalani kehidupan.